Tuesday, 24 January 2012

Pintu hatiku hampir dibuka

Bismillahhirahmannirahim.. Semestinya ramai diantara anda pernah bercinta dan terputus di tengah jalan,bukan?? Begitulah apa yang aku rasa.. Dalam percintaan,semestinya ada kenangan manis dan pahit.. Bergaduh,gurau senda adalah lumrah dalam percintaan.. Namun,kenapa harus perpisahan yang menjadi pilihan terakhir untuk menyelesaikan masalah tersebut andainya tidak ada lagi kesempurnaan dan keserasian dalam jiwa?? Bukankah lebih baik jika berdoa kepada ALLAH SWT untuk menambahkan cinta dalam diri kita terhadapnya?? Aku tidak mampu untuk menasihat kalian kerana kalian semua ada cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah tersebut.. Namun,jika nasihatku ini amat berguna kepada kalian,sama-sama kasih aku ucapkan.. 

Baiklah,berbalik kepada tajuk post ini,ya benar.. Pintu hatiku hapir dibuka untuk bercinta lagi tapi ku tidak sedia untuk hadapinya kerana khuatir hatinya/hatiku akan hancur kerana sikap masing-masing.. Sekarang,kami dalam proses mengenali antara satu sama lain,pendek cerita,baru berkenalan walaupun telah lama bersekolah di sekolah yang sama.. Namun,aku berdoa kepada YANG MAHA ESA supaya cintaku selepas ini akan memberi motivasi untuk belajar memandangkan dia antara pelajar cemerlang didalam sekolah.. Jika dia dapat menerimaku untuk singgah dihatinya,akan ku jaga hatinya dengan sepenuh hatiku dan tidak mahu SEJARAH MUNGKIN BERULANG kembali..Tapi,itu baru angan-anganku yang bakal fana.. Tidak tahulah sekiranya hatinya juga seperti hatiku kerana HANYA TUHAN YANG TAHU apa yang terkandung dalam isi hati hambaNYA.. Insya Allah,jika aku bercinta kembali,takkan ku leka dalam pelayaran romantik ini.. 

sekian sahaja coretanku yang agak merepek ini.. sehingga bertemu lagi dilain lembaran..

Wassalam..

MUHAMMAD ZULHAMDI BIN MOHAMAD FAIZAL

No comments:

Post a Comment