Terima kasih kepada saudara Muhd Hariz kerana dia yang telah memberi aku semangat untuk luahkan apa yang aku rasa.. Selepas menaip,menaip dan menaip,dia membalas.. Pada saat itu,HANYA TUHAN YANG TAHU apa yang aku rasa dalam isi hatiku.. Air mata kelelakian akhirnya gugur kerana sekian lama aku memendam rasa rindu,akhirnya terbalas..
Menyatakan bahawa terputusnya hubungan kerana salah sendiri,itu semua aku tidak peduli.. Yang penting,aku dengannya kini bersahabat.. Memang benar kata orang,sayang boleh menjadi benci dan benci boleh bertukar menjadi sayang,tetapi,aku menolak ayat yang kedua.. Yang sebetulnya,buruk (musuh) boleh bertukar menjadi indah (persahabatan).. Dalam persahabatan,segalanya indah namun ada juga yang buruknya.. Walau apa-apa pun,terima kasih kerana sudi menerimaku sebagai sahabatmu..
Sampai sini sahaja coretanku.. Sehingga bertemu lagi..
Sekian,Wassalam
MUHAMMAD ZULHAMDI BIN MOHAMAD FAIZAL
No comments:
Post a Comment