Bismillahirahmannirahim.. Ok,just now kami berdua (aku dan bekas teman wanitaku [actually,mde lg] ) have a conversation.. Jika aku tidak meluahkan apa yang aku simpan dalam hatiku,tidak tahu sampai bila kami berdua hendak berdamai.. Mungkin disebabkan keegoan aku yang tinggi menjadikan aku susah untuk berdamai.. Tapi,akhirnya hitam putih antara kami telah dimeterai.. Aku dengan dia kini mula daripada awal kecuali dia sudah ada pengganti yang baru (lagi) dan aku masih sendiri,menantikan cinta yang baru..
Terima kasih kepada saudara Muhd Hariz kerana dia yang telah memberi aku semangat untuk luahkan apa yang aku rasa.. Selepas menaip,menaip dan menaip,dia membalas.. Pada saat itu,HANYA TUHAN YANG TAHU apa yang aku rasa dalam isi hatiku.. Air mata kelelakian akhirnya gugur kerana sekian lama aku memendam rasa rindu,akhirnya terbalas..
Menyatakan bahawa terputusnya hubungan kerana salah sendiri,itu semua aku tidak peduli.. Yang penting,aku dengannya kini bersahabat.. Memang benar kata orang,sayang boleh menjadi benci dan benci boleh bertukar menjadi sayang,tetapi,aku menolak ayat yang kedua.. Yang sebetulnya,buruk (musuh) boleh bertukar menjadi indah (persahabatan).. Dalam persahabatan,segalanya indah namun ada juga yang buruknya.. Walau apa-apa pun,terima kasih kerana sudi menerimaku sebagai sahabatmu..
Sampai sini sahaja coretanku.. Sehingga bertemu lagi..
Sekian,Wassalam
MUHAMMAD ZULHAMDI BIN MOHAMAD FAIZAL